Sambal hijau sememangnya terkenal kerana kepedasannya dan sering dihidangkan bersama ayam penyet selain sambal merah yang biasa dimakan itu.

Bukan itu saja, sambal hijau juga boleh didapati di warung nasi Padang dan dimakan bersama ayam, ikan atau makan dengan nasi saja.

Berikut merupakan resepi sambal hijau Padang yang bakal membuatkan anda pedas berdesing jika makan:

Bahan

facebook.com

Rebus dulu:
20 biji cili burung hijau
5 biji cili hijau (potong kasar)
5 ulas bawang putih
4 biji tomato (dibelah empat)
1 labu bawang besar
1 sudu makan udang kering

1 helai daun limau purut
Sedikit garam
Sedikit gula

Cara-cara

facebook.com

– Semua bahan direbus hingga lembut. Toskan airnya.
– Tumbuk kasar semua bahan hingga pecah.
– Panaskan minyak untuk tumis bahan tumbuk tadi.
– Kemudian, masukkan garam dan gula secukupnya.
– Carik sehelai daun limau purut.
– Tabur sedikit udang geragau jika suka.
– Goreng hingga pekat.
– Siap! 😉

Sumber: Cari & Fb Mak Gina