Sambal belacan merupakan antara hidangan sampingan yang ‘wajib’ untuk rakyat Malaysia dan setiap kedai makan nasi campur pasti ada menyediakannya.

Membuat sambal belacan bukanlah semudah yang disangka kerana sambal belacan yang sedap mempunyai caranya yang tersendiri.

Berikut merupakan resepi daripada seorang pengguna Facebook, Aida Ajoy, mengenai sambal belacan power warisan turun temurun diamalkannya:

Bahan

1/2kg cili merah
1/2kg cili hijau
1/2kg limau kasturi
350g cili api
7 ulas bawang putih
Sebiji bawang besar
2 biji tomato
Sedikit belacan
Garam gula
Secukup rasa

Cara-cara

– Potong cili dan rendam dalam air hingga biji-biji cili keluar.

– Bawang besar, bawang putih dan belacan digoreng separuh masak.

– Cili merah, hijau, cili api dan tomato dicelur separuh masak.

– Kisar semuanya kemudian masukkan gula, garam dan secukup rasa serta air limau kasturi, boleh
masukkan sedikit kulit limau jika suka.

– Siap! Selamat mencuba 🙂

Sumber: Fb Aida Ajoy & Sirap Limau