BAHAN-BAHAN

2 bungkus agar-agar tali
2 tin susu cair
4 biji telur
800g gula kasar
10 mug / 1300 ml air
4 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air suam
Sedikit pewarna merah / sirap
resepi puding marble

CARA-CARA

1. MASAK AGAR-AGAR

Mula-mula, masak agar-agar di atas api sederhana sehingga hancur. Bila dah hancur, masukkan gula dan kacau sebati. Bila gula dah larut dan agar agar tu dah agak pekat, padamkan api.

2. TAPIS AGAR-AGAR

Tuang dan tapis agar-agar tadi ke dalam sebuah periuk lain. Letak atas dapur dan nyalakan api sederhana.

3. PUKUL SUSU CAIR BERSAMA TELUR

Dalam sebuah bekas lain, campurkan susu cair dan telur. Pukul sekejap guna garfu pun boleh.

4. CAMPURKAN

Padamkan api agar-agar tadi. Kemudian, campurkannya bersama adunan susu cair dan telur yang telah dipukul.

Letakkan esen vanila dan kacau. Nyalakan api sederhana semula dan biarkan hingga mendidih. Bila dah agak pekat, padamkan api.

5. ASINGKAN KEPADA 3 BAHAGIAN

Bancuhkan serbuk koko dengan sedikit air suam.

Masukkan 3 senduk adunan agar-agar yang dah dimasak tadi ke dalam mangkuk koko yang dah bancuh ngan air suam ni tadi.

Masukkan juga 3 senduk lagi ke dalam mangkuk pewarna merah.

Selebihnya tuangkan dalam mangkuk acuan.

6. CORAKKAN

Sekarang kita akan corakkan dengan metakkan bancuhan serbuk koko seperti di dalam gambar.

Kemudian giliran warna merah pula diletakkan.

Boleh guna lidi untuk menjadikan corak lebih menarik. Tapi buat zig zag beberapa kali je dah cukup ya. Jangan godak atau kacau agar-agar tu nanti corak tak cantik sebab warnanya akan bercampur jadi warna lain.

7. SEJUKKAN

Selesai semua, tutupkan bekas dan simpan dalam peti sejuk, bukan freezer ya.

SIAP!

Agak-agak dah keras dan sejuk, bolehlah dipotong dan dihidangkan. Wah, memang menggoda tengok hasilnya. Coraknya menarik, rasanya pun tentulah sedap, lembut dan lemak berkrim.

Taklah susah sangat nak buat sendiri dekat rumah, kan?

Bolehlah buat minum petang atau bawa ke majlis-majlis. Mesti seronok sebab dapat makan puas-puas.

Jadi, apa lagi. Bahan pun banyak yang dah ada dekat rumah tu. Insha Allah gerenti puas hati dengan air tangan sendiri.

Selamat mencuba!

Sumber: Sirap Limau