Pencuci mulut kegemaran ramai ini pasti tidak akan melupakan rasa puding karamel yang manis berlemak ketika makan. Ada di antara kita yang kurang gemar puding karamel telur kerana ia akan berbau hanyir sedikit.

Oleh itu, kami kongsikan resepi puding karamel tanpa telur oleh seorang pengguna laman Facebook, Muliyana Suhud, untuk anda cuba:

Bahan

Gambar sekadar hiasan

Bahan A:
2 sudu besar gula pasir
3 sudu besar air

Bahan B:
1 paket serbuk agar-agar (10gram)
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara

– Masak Bahan A hingga hangus sedikit, tetapi jangan terlalu hangus kerana nanti pahit. Guna api sederhana dan anda boleh terus masak dalam loyang.
– Masukkan semua bahan B dalam periuk, kacau rata dan hidupkan api. Guna api sederhana dan sentiasa kacau untuk elakkan hangit di bahagian bawah.
– Bila dah menggelegak dan adunan nampak pekat, matikan api dan tapis. Masukkan dalam loyang bergula hangus tadi.
– Sejukkan dulu sebelum masukkan dalam chiller.
– Selepas tiga jam, anda boleh keluarkan puding karamel dan potong.
– Sedia untuk dihidang! 😉

Sumber: Fb Koleksi Resepi Sedap Untuk Keluarga Tersayang & Fb Muliyana Suhud