Durian merupakan salah satu buah yang boleh dimasak dengan pelbagai jenis resepi contohnya pengat durian, cekodok durian, dibuat tempoyak dan terbaru, pengat bebola durian.

Jika anda ada banyak lebihan durian di rumah dan tak mahu isi durian rosak, apa kata anda cuba resepi menarik ini. Mesti ada yang tambah berkali-kali terutama peminat durian.

Bahan

Durian
Tepung pulut
Santan
Gula merah / gula melaka
Daun pandan

Cara-cara

– Ambil 7-8 ulas durian dan buang bijinya.
– Kemudian, lenyekkan sedikit isinya.

– Gaulkan isi durian bersama tepung pulut hingga doh tak melekat di tangan.

– Bentukkan bulat-bulat kecil seperti bebola.

– Selepas itu, rebus bebola tadi dalam air panas mendidih.

– Angkat dan toskan bebola apabila ia sudah terapung ke permukaan air. Ketepikan.

– Untuk kuah pula, masukkan santan ke dalam periuk.
– Jika anda guna santan kotak, letak separuh kotak kecil sahaja supaya ia tidak terlalu pekat.
– Kemudian, masukkan 2 helai daun pandan.

– Masukkan 2 ulas durian ke dalam kuah.

– Selepas itu, perasakan dengan gula merah atau gula melaka.

– Terakhir sekali, masukkan bebola yang telah direbus awal tadi.

– Gaul sebati hingga mendidih.
– Siap! 🙂

Sumber: Fb Nurhazirah M.Yunus