Sejak kebelakangan ini cuaca agak tak menentu dan hujan pada waktu petang di kawasan sekitar Lembah Klang seterusnya menyukarkan orang ramai yang ingin ke bazaar Ramadan.

Jika anda teringin untuk berbuka dengan air manis hari ini dan peminat setia Nutella, apa kata anda cuba resepi Nutella Caffe Mochaccino yang begitu menggiurkan:

Bahan

2 sudu Milo
1 paket Nescafe Latte
1 paket Oldtown White Coffee Mocha
2 sudu Nutella
1/4 cawan susu penuh krim
Whipped cream dan chocolate syrup (terpulang)
Beberapa ketul ais

Cara-cara

– Masukkan sepaket Nescafe sepaket, sepaket Oldtown Mocha dan 2 sudu Milo dalam gelas.
– Masukkan pula Nutella dan larutkan dengan sedikit air panas.
– Masukkan susu penuh krim dan kacau.
– Letakkan ais.

Topping dengan whipped cream dan chocolate syrup kalau nak tambah padu!

Sumber: Fb Viral Oh Viral & Fb Ama Azmi