Hari Raya Haji bakal tiba tidak lama lagi dan biasanya para isteri sudah bersiap-sedia memikirkan idea memasak bagi menghabiskan daging korban yang bakal diterima nanti.

Jika anda mahu kelainan sikit pada raya korban tahun ini, apa kata anda cuba resepi nasi daging “power” oleh seorang pengguna Facebook, Ica Ashida:

Bahan

Bawang besar
Bawang putih
Halia
Rempah kurma (separuh paket rempah kurma)
Rempah 4 sekawan
Daging direbus sehingga empuk
3 sudu minyak sapi
Beras (beras biasa pun boleh atau guna beras wangi 3 pot)

Cara-cara

– Rebus daging hingga empuk. Simpan air rebusan daging untuk digunakan masa memasak nasi.

– Basuh beras bersama 2 helai daun pandan.
– Tumis rempah empat sekawan bersama bawang merah, bawang putih, halia dan rempah kurma dengan minyak sapi.
– Kemudian masukkan garam dan perasa secukup rasa. Bila dah sebati, tambahkan secawan air rebusan daging.

– Tunggu mendidih dan masukkan beras sampai agak kering.

– Pindahkan beras bersama bahan yang ditumis atas kuali tadi ke dalam rice cooker dan masukkan daging yang telah direbus serta tomato.

– Masukkan air rebusan daging mengikut keperluan beras.

– Siap! 🙂

Sumber: Fb Ica Ashida