Hujung minggu semakin tiba dan semestinya ramai di antara kita sedang sibuk memikirkan menu apa yang mahu dihidangkan kepada tetamu hujung minggu ini.

Mungkin ada yang sudah muak untuk makan makanan tradisional seperti lemang, rendang, ketupat dan sebagainya, jadi anda boleh la hidang kepada tetamu Spaghetti Carbonara pula. Dah la bahan-bahan mudah dicari, cepat pula tu siap masak.

Bahan

3 tin kecil sos Prego
1/2 Buttercup
3 biji bawang besar (potong dadu)
Bawang putih(lagi banyak lagi best) (dihiris)

10-15 ulas lada benggala (pakai warna warni baru cantik) (potong dadu)
Hotdog (ayam/daging) (dihiris)
Lada putih
Lada hitam
1 tin cendawan butang
Maggie cukup rasa/kiub ayam (jika perlu)
Garam secukup rasa
Air masak

Cara-cara

– Panaskan Buttercup, tumiskan bawang putih dan merah sampai naik bau.
– Kemudian masukkan semua bahan-bahan tadi.
– Masak dengan api yang kecil.
– Tambahkan air masak, gaul dengan kerap.
– Akhir sekali, letak sedikit garam.

– Siap! Selamat mencuba 😉

Sumber: Fb Koleksi Resepi Sedap & Noor Hamidah