Masakan Thailand memang boleh buat kita terliur apabila melihatnya kerana masakannya pedas dan mempunyai pelbagai rasa.

Jika anda sudah bosan dengan meggi goreng mamak, apa kata anda cuba buat meggi goreng ala Thai yang pedas ini di rumah:

Bahan

Mee maggi (celur)
Bawang merah
Bawang putih
Udang (ditumis awal)
Sotong (ditumis awal)
Sos tiram
Satu biji limau nipis
Satu kiub ikan bilis
Daun limau purut (dihiris)
Sedikit daun ketumbar
Serbuk cili

Cara-cara

– Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi.
– Tumis bahan tumbuk dan kemudian masukkan satu kiub ikan bilis.
– Seterusnya, masukkan sos tiram secukup rasa serta masukkan daun limau purut.
– Perah limau nipis ke dalam kuali.
– Kemudian, masukkan udang dan sotong ke dalam kuali.
– Masukkan mee maggi, daun ketumbar dan serbuk cili.
– Gaul hingga sebati.
– Siap! 🙂

Sumber: Fb Jom Ke Dapur