Sebelum ini tular mengenai makanan ringan kulit popia disaluti serbuk cheese yang pedas dan masin, kini muncul resepi terbaru dengan menggunakan makaroni/penne.

Resepinya amat mudah dan hanya menggunakan dua bahan sahaja iaitu makaroni/penne dan serbuk cheese. Berikut merupakan cara-cara untuk membuat Mac & Cheese:

Bahan

Makaroni/Penne
Serbuk cheese

Cara-cara

– Masukkan makaroni/penne dalam mangkuk.

– Rendam makaroni/penne dengan air selama 45 minit.
– Rendam lebih lama jika tak mahu makaroni/penne keras.

– Panaskan kuali dan masukkan minyak.

– Goreng makaroni/penne hingga kuning keemasan kemudian toskan sebentar.

– Masukkan makaroni/penne yang digoreng Itu ke dalam bekas yang ada penutup.

– Masukkan serbuk cheese.

– Tutup bekas dan goncang hingga rata dan semua serbuk cheese membaluti makaroni/penne.

– Selamat mencuba! 😉

Sumber: Fb Wann Rohani