Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, kelihatan semakin langsing sejak melahirkan anak sulungnya pada 19 Mac lepas.

Ramai yang meminta tips kurangkan berat badan daripadanya dan Siti dilihat berkongsi resepi lempeng sihat di akaun Instagram miliknya dua minggu lepas.

Menurutnya, dia yang merindui lempeng oat dimakan semasa pantang dulu dapat membuatnya sendiri setelah mendapat resepi dari seseorang bernama kak Susydinda. Mungkinkah lempeng oat ini antara rahsia TokTi kelihatan semakin langsing?

Bahan

Quaker Oat
Madu
Kismis
Kurma (siat-siat bagi kecil)
Horlic
Susu segar

Cara-cara

– Campur semua bahan ke dalam satu mangkuk.
– Gaul sebati.

– Masak tanpa minyak menggunakan kuali non-stick.
– Selamat mencuba! 😉

Sumber: IG Siti Nurhaliza