Setiap kali hari raya memang wajib ada rendang, ketupat dan lemang. Tapi tak lengkap rasanya kalau tiada kuah lodeh untuk dimakan bersama lontong, ketupat atau nasi impit. Lagi sedap kalau pekena sekali dengan sambal.

Dah masak macam-macam, takkan nak tambah lagi kuah lodeh? Lecehnya nak buat. Tak susah pun sebenarnya nak buat kuah lodeh. Anda boleh cuba resepi kuah lodeh yang dikongsikan oleh Nor Hazwani ini. Resepi ini memang ‘simple’ habis dan memang sedap!

Bahan-bahan A: (Dikisar)

Halia
Kunyit
Lengkuas
5 biji Bawang besar
6-7 barang Serai
Segenggam Udang kering
Buah keras

Bahan-bahan B:

Sengkuang
Lobak
Baby Jagung
Tempe
Kobis bunga
Tauhu
Terung
Kacang panjang
Cili

Bahan-bahan C: (Direndam)

Soo hoon
Fuchuk

Bahan-bahan D: (Letak akhir sekali)

Santan
Asam keping
Garam/perasa cukup rasa

Cara membuatnya:

1. Panaskan air dalam periuk hingga mendidih. Apabila sudah mendidih masukkan bahan A yang dikisar tadi.

2. Kemudian masukkan bahan B kesemua sayur-sayur. Ini sayur-sayur derhaka resepi saya. Ikutkan rsepi asal tak letak pun bunga kobis dan jagung, sebabkan vege lover.

3. Masukkan Soo hoon dan Fuchuk yang telah direndam tadi.

4. Apabila kesemua bahan sudah lembut, boleh masukkan garam atau perasa dan asam keping. Akhir sekali barulah santan. Kalau nak kuah lmbat basi, guna santan kotak.

Selamat mencuba!

Sumber:Vitdaily