Sejak musim buah durian kembali, orang ramai mengambil peluang ini dengan membeli durian dalam kuantiti yang banyak kerana dikatakan harga durian sekarang lebih murah berbanding sebelum ini.

Jika anda terbeli atau dapat durian muda, usah buang kerana anda boleh buat kerepek durian. Resepinya amat mudah untuk diikuti.

Bahan

Isi durian muda
Sedikit garam

Cara-cara

– Buang biji durian.
– Potong isi durian secara nipis.
– Panaskan minyak.
– Goreng isi durian hingga garing.

– Toskan hingga minyak kurang.
– Gaul kerepek bersama sedikit garam.
– Siap! 😉

Sumber: Fb Diari Resepi & Wongnai Cooking