Masakan Thai memang menggiurkan lebih-lebih lagi masakan jenis kerabu. Pelbagai jenis kerabu boleh dibuat menggunakan ayam, daging, sotong dan makanan laut lain.

Jika anda mahu mencuba resepi kerabu lain dari yang lain, anda boleh cuba buat kerabu telur goreng yang memang telan air liur bila tengok. Gulp!

Bahan

cari.com.my

6 biji telur
Cili padi tumbuk
Jus limau nipis
Sos ikan
Air gula
Hirisan bawang
Hirisan lobak merah
Daun saderi
Tomato

Cara-cara

– Pecahkan semua telur ke dalam mangkuk.
– Panaskan minyak.
– Masukkan telur satu persatu ke dalam kuali.
– Goreng telur secara membulat hingga garing keemasan. Toskan.
– Kemudian, campurkan cili padi, sos ikan, jus limau nipis, air gula, hirisan bawang, lobak merah, tomato dan daun saderi ke dalam satu mangkuk.
– Gaul hingga sebati.
– Selepas itu, gunting telur goreng tadi hingga menjadi kepingan-kepingan kecil dan gaul rata dalam mangkuk.
– Siap! 🙂

Sumber: Fb Resepi Santai