Sejak kebelakangan ini kek buah menjadi tular di laman Facebook selepas seorang pengguna memuatnaik resepi menarik itu di sebuah group masakan.

Danish Harraz berkongsi resepi 1 Bowl Fruit Pastry Cake dan resepi tersebut mendapat lebih 18,000 perkongsian. Nak cuba buat? Jom ikut resepi di bawah:

Bahan

226gm tepung naik sendiri
160gm gula kastor
150gm salted butter (dicairkan dan biarkan sedikit sejuk)
3 biji telur gred A
100ml Buttermilk / Sour Cream
1 sudu teh ekstrak Vanila
Parut kulit lemon dari 1 biji lemon (pastikan parut kulit kuning sahaja)
500gm buah-buah segar yang kurang berair (boleh guna buah-buahan dalam tin)
2 sudu besar gula kastor

Cara-cara

– Panaskan oven pada suhu 160°C. Gris baking tray saiz 9″ dengan butter dan dialas dengan parchment paper.
– Sementara itu, masukkan tepung naik sendiri, gula, melted butter, telur, parutan kulit lemon, buttermilk dan ekstrak vanila dalam satu bekas.
– Kaup balik menggunakan senduk kayu sehingga semua rata dan sebati.
– Kemudian, tuangkan ke dalam baking tray.
– Ambil buah yang telah dipotong dan gaul bersama gula halus/kastor dan terus susun semua buah atas adunan tadi.
– Masukkan dalam oven dan bakar selama 40-50 minit, bergantung pada oven atau hingga kek masak tetapi jangan terlebih bakar kerana kek akan menjadi kering.
– Selamat mencuba! 🙂

Sumber: Fb Danish Harraz