Ada di antara anda yang sudah buntu mencari idea memasak untuk berbuka puasa setelah hampir sebulan memasak pelbagai juadah berbuka.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, bukan saja dikenali sebagai seorang menteri yang sangat simple dan humble, malah berbakat dalam memasak.

Mungkin anda boleh cuba resepi dikongsikan oleh menteri kita ini untuk dijadikan juadah berbuka puasa. Berikut merupakan resepi gulai ikan Mat Sabu:

Bahan

Ikan kerapu / jenahak / gerut / merah / siakap
2 paket rempah kari ikan Baba’s pedas (larut dengan sedikit air)
2 biji bawang besar
Air asam jawa
Terung

Tumis
Jintan putih
Halba
Biji sawi
Daun kari
5 ulas bawang putih (hiris/tumbuk)
6 ulas bawang merah (hiris/tumbuk)

Cara-cara

– Tumis semua bahan tumis. Masukkan rempah kari ikan Babas 2 bungkus (bancuh dengan air sedikit).

– Biar pecah minyak anggaran 5 minit. Masukkan hirisan 2 biji bawang besar dan terung. Biar lembut anggaran 5 minit.

– Masukkan air asam jawa (saya guna 3/4 sudu the asam jawsa Adabi + 1 mangkuk kecik air. Jika suka kari lebih cair tambah air dan asam).

– Masukkan ikan. Biar gelegak. Masukkan Garam dan perasa ikan bilis Norr.

– Siap! 😉

Sumber: Fb Zalina Yahaya