Ramai yang meminati donat dan kita boleh lihat sudah banyak kedai menjual donat dibuka di Malaysia antaranya Dunkin Donuts, J.Co, Krispy Kreme dan sebagainya.

Malah, terdapat donat versi homemade amat popular dalam kalangan masyarakat terutama jika ada perisa coklat. Mahu cuba resepi donat terbaru? Jom buat donat peha ayam viral ini:

Bahan

250gm tepung berprotein tinggi
100gm kentang (direbus)
50gm gula halus
6gm yis
50gm susu
50ml air
40gm butter
2 biji kuning telur
Glaze coklat untuk topping
Chocolate rice secukupnya
Minyak masak secukupnya
Lidi sate

Cara-cara

– Kisar kentang rebus bersama air hingga halus dan asingkan.
– Ayak tepung, gula halus, susu tepung dan yis. Campur hingga rata.
– Masukkan adunan kentang bersama kuning telur menggunakan mixer dengan kelajuan rendah.
– Tambah butter dan putar hingga menjadi doh.
– Rehatkan doh selama 30 minit selepas ditutup dengan plastik.
– Bahagikan doh menjadi adunan kecil (kira-kira 42gm). Bulatkan dan tutup dengan kertas roti.
– Rehatkan adunan selama 10 minit hingga 20 minit.
– Panaskan minyak dengan api kecil.
– Ambil adunan donat dan bentukkan seperti peha ayam kemudian cucuk dengan lidi sate.
– Goreng donat hingga masak.
– Setelah sejuk, celupkan donat dalam coklat glaze dan taburkan chocolate rice di atasnya.
– Siap! 🙂

Sumber: Fb Resep Kita