Ayam goreng pedas McDonald’s memang sangat terkenal di negara ini kerana keenakannya, kerangupannya dan kepedasannya yang tiada bandingan.

Bayangkan jika anda selalu membeli ayam goreng pedas itu di McD, pasti poket anda juga akan ‘koyak’. Oleh itu, kami kongsikan resepi ayam goreng pedas ala McD daripada seorang pengguna Facebook, Cik Puan Yana, untuk anda cuba sendiri di rumah dan boleh dijadikan hidangan untuk berbuka puasa.

Bahan

Ayam
Tepung Bestari
Tepung beras
Tepung gandum
Sedikit serbuk cili
Sedikit air

Cara-cara

– Campur semua tepung ke dalam satu bekas bersama serbuk cili.
– Masukkan sedikit air dan kacau hingga sebati.

– Masukkan ayam ke dalam bancuhan tepung tadi.
– Panaskan minyak.

– Goreng hingga kuning keemasan.
– Selamat mencuba! 😉

Sumber: Fb Cik Puan Yana