Aiskrim potong kacang merah suatu masa dulu pernah diminati oleh hampir semua orang di negara ini kerana rasanya yang unik dan asli.

Sesiapa yang pernah merasainya mesti takkan pernah melupakannya walaupun mungkin kali terakhir makan pada zaman remaja dulu.

Oleh itu, kami kongsikan resepi aiskrim ‘legend’ ini untuk anda buat di rumah. Berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara memasak:

Bahan

Gambar sekadar hiasan

Bahan A

200gm gula pasir
3sudu besar susu tepung
350ml air

Bahan B

2 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
50ml air
(campurkan semua bahan dengan air dan kacau hingga rata)

Bahan C

80gm susu pekat (ikut tahap kemanisan anda)
500ml santan pekat atau susu cair 2 tin
250gm kacang merah dalam tin di lecek
Sedikit pewarna merah ataupun sedikit kordial sirap
Daun Pandan
Garam secukup rasa

Cara-cara

– Guna kaedah whisk supaya tidak berketul-ketul dan sentiasa di kacau supaya tekstur aiskrim halus di atas api yang sederhana.
– Masak bahan A sehingga gula larut. Masukkan bahan B sampai didih. Masuk kan bahan C. Bila mendidih, matikan api.
– Tuang dalam acuan aiskrim atau plastik aiskrim Malaysia.
– Bila dah sejuk, masukkan ke dalam freezer dan bekukan.
– Sedia untuk dimakan! 😉

Sumber: Fb Nur Atikah & Jom Kongsi Resepi