Seorang remaja berusia 14 tahun, Mohamed Arief Hariz Mohamed Azrin, mencipta alat pengecas mudah alih(powerbank) sendiri untuk dihadiahkan kepada abangnya, Mohamed Amir Hariz, 21 tahun.
Aku cakap kat adik aku "Abang nak beli powerbank tapi belum gaji". Look what he made for me ? A handmade powerbank ? Im really grateful to have a little brother like him ? Nanti abang belanja MCD as promised ? pic.twitter.com/EDnIFjlUld
— Aaoisora (@Goodensora) July 22, 2019
Difahamkan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail, Johor Bahru, itu mencipta powerbank adalah kerana abangnya meluahkan keinginan untuk membeli powerbank baru tetapi belum mendapat gaji.
“Kebetulan, bahan diperlukan seperti kotak terpakai, pengecas telefon bimbit di dalam kereta, suis, wayar, bateri sembilan voltan dan ‘glue gun’ ada di rumah jadi saya tidak perlu mengeluarkan modal untuk menciptanya,” ujar Arief.
To those yang tertanya boleh charge ke. Inilah hasilnya adik saya cipta semalam ?❤ Adik saya kata dia akan improve lagi powerbank ni ? Thankyou guys sebab support adik saya ?❤ Semoga adik kalian akan membantu kalian juga ? pic.twitter.com/kEL7aXZy1m
— Aaoisora (@Goodensora) July 23, 2019
“Selepas selesai, saya cuba alat itu pada telefon bimbit menggunakan kabel USB dan terkejut apabila ia berfungsi selepas cubaan kali pertama,” jelasnya.
Difahamkan, arief ada perancangan untuk melakukan penambahbaikan antaranya ialah menambah lampu dan menukar kotak dengan alat lain yang lebih kukuh.
“Diharap, saya dapat merealisasikanya kerana siapa tahu, ia boleh dikomersialkan nanti dan menjadi impian saya untuk mencipta lebih banyak inovasi pada masa akan datang,” tambahnya.
Untuk pengetahuan anda, Arief hanya memerlukan masa selama satu jam saja untuk mencipta powerbank tersebut dan ia juga merupakan percubaan pertamanya mencipta alat berkenaan.