“Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu” merupakan peribahasa sesuai untuk sekumpulan remaja yang berpeluang jumpa pengarah Avengers, Joe Russo di Singapura baru-baru ini.

Video parodi yang kreatif itu bukan saja tular di Malaysia, tetapi di seluruh dunia! Video mereka mendapat 3.5 juta tontonan dan ia semestinya sesuatu yang patut dibanggakan oleh mereka.

Malah, mereka juga dapat mengambil gambar swafoto bersama pengarah terkenal itu di akhir sesi temubual tersebut. Cayalah!

Sumber: Twitter @WanMohdNazri