Ketika perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedang berucap di perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Putra, Putrajaya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri secara tiba-tiba rebah dari pentas pada pagi ini.

Difahamkan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin, jatuh dan kemudian diberi rawatan awal oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Mahathir terkejut dengan kejadian tersebut berhenti berucap sebentar dan kemudian pasukan paramedik bergegas memberi rawatan kecemasan sebelum membawa Hanipa ke Hospital Putrajaya.

Menurut sebuah portal berita, Hanipa pernah menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat pendarahan otak pada 2016 selepas rebah di Dewan Rakyat dan kembali ke Parlimen pada Oktober tahun lepas.

Sumber: mStar