Kementerian Kewangan akan membuka tempoh rayuan bagi Program Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019. Tempoh rayuan tersebut dibuka mulai hari ini sehingga 15 Ogos depan.

Menurut satu kenyataan, kementerian itu memaklumkan proses berkenaan akan memberi ruang kepada mereka yang tidak layak sebelum ini untuk membuat rayuan.

Difahamkan, mereka yang mahu merayu perlu membawa bersama dokumen berkaitan untuk proses pengesahan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia(LHDN).

Permohonan rayuan boleh dibuat secara atas talian di portal BSH, bsh.hasil.gov.my atau hadir di mana-mana cawangan, Pusat Khidmat Hasil(PKH) dan Pusat Transformasi Bandar(UTC).

Sumber: Astro Awani