Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, menjelaskan bahawa rang undang-undang baru mengenai kawalan pengunaan rokok elektronik atau vape dan shisha akan dibentangkan di Parlimen pada hujung tahun ini atau tahun depan.

Gambar sekadar hiasan

Menurutnya, jawatankuasa khas berkaitan isu itu sedang merangka undang-undang baru berkenaan memandangkan pihaknya masih memerlukan pandangan semua pihak termasuk penglibatan pemegang taruh.

“Jawatankuasa khas ini baharu diwujudkan minggu lepas dan kami akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk mencari kaedah terbaik mengawal penggunaan vape, shisha dan juga rokok,” ujarnya.

“Kita tahu bahawa 90 peratus daripada kandungan cecair vape mengandungi nikotin yang boleh menyebabkan ketagihan kepada bahan tersebut,” katanya.

Gambar sekadar hiasan

“Apa yang kita lihat, pengguna vape pada mulanya menganggap menghisap vape sebagai satu trend namun ketagihan itu dibimbangi mampu mendorong pula untuk bertukar kepada menghisap rokok,” jelasnya.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas tersebut untuk merumus kaedah kawalan terhadap penggunaan rokok elektronik.

Sumber: Astro Awani & Bernama