Berikutan ramai ibu bapa yang meletakkan nama anak mereka yang baru lahir dengan begitu panjang, kini Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) menetapkan panjang maksimum tidak lebih daripada 80 aksara untuk mendaftarkan nama anak yang baru dilahirkan.

Gambar sekadar hiasan

Kebanyakan warga laman sosial setuju dengan keputusan terbaru daripada pihak JPN itu kerana sesetengah berpendapat nama panjang akan menyusahkan anak mereka terutama apabila sudah bersekolah.

“Esok bila anak nak periksa, orang lain dan mula jawab soalan tetapi anak awak masih terkial-kial tengah tulis nama. Kesian budak tu. Letak nama panjang-panjang bukan dipanggil semua pun,” luah seorang warga laman sosial.

Bukan saja nama diberi agak panjang, malah ejaan juga pelik serta susah untuk disebut berbanding nama biasa yang sering diberi pada zaman dahulu.

Nama-nama anak panjang dan ejaan pelik dilihat sebagai gaya terkini oleh ibu bapa muda zaman sekarang akan menyebabkan anak mereka mengalami kesukaran ketika bersekolah selain bakal pasangan sukar untuk melafazkan akad nikah kerana nama yang panjang dan susah untuk disebut.

Untuk pengetahuan anda, rekod nama terpanjang setakat ini adalah sebanyak 78 aksara iaitu sebanyak empat patah perkataan, menurut JPN.

Selain menetapkan panjang maksimum sebanyak 80 aksara untuk bayi baru lahir, nama singkatan seperti ‘Abd’ juga tidak dibenarkan dan harus dieja penuh Abdul dan Mohd mestilah dieja Mohamad.

Sumber: Astro Awani