Chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, sememangnya berbakat dalam bidang nyanyian serta bidang kulinari membuatkan ramai yang menyenangi sikapnya yang peramah.

Kita sedia maklum Fazley seorang family man atau seorang yang mementingkan keluarga dan terbaru, dia berkongsi video mengenai dirinya sedang mengelap kotoran di sebuah kedai serbaneka kerana anaknya termuntah di kedai itu.

Menurut video di laman Instagram milik Fazley, dia mengelap muntah anaknya kerana tidak mahu orang lain terpijak oleh orang lain.

Semasa kejadian, dia yang berada di kedai serbaneka itu bersama anak-anaknya itu memberitahu secara tiba-tiba salah seorang anaknya termuntah di situ.

IG Fazley Yaakob

Berikutan itu, pengguna laman sosial memuji Fazley sebagai bapa yang baik dan boleh dijadikan teladan. Semoga akan ada lebih ramai ibu bapa seperti Fazley yang memikirkan orang lain apabila anak termuntah di tempat awam.

Sumber: Astro Gempak