Penyanyi kecil molek, Siti Sarah Raissuddin memuatnaik satu video di laman Instagram miliknya yang menunjukkan dia sedang mendidik anaknya iaitu mendenda kedua-dua anaknya kerana telah bergaduh sesama mereka.
Dalam video tersebut, Sarah dilihat memegang rotan sambil meminta anak-anaknya berikrar kepadanya untuk tidak mengulangi perbuatan yang sama.
Ternyata cara yang dilakukan oleh Sarah disokong oleh para peminatnya yang menganggap memang patut seorang ibu jadi garang untuk kebaikan anak-anak mereka.
Hanya kita saja yang tahu bagaimana perangai anak-anak kita, jadi tak salah jika kita menjadi sedikit garang agar dapat membentuk mereka menjadi seorang insan yang berguna suatu hari nanti.
Sumber: IG Siti Sarah