Berikutan kejadian kebakaran belukar besar-besaran yang berlaku di Australia, Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia agar menunda perjalanan tidak perlu ke kawasan yang terjejas sehingga keadaan bertambah baik.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, cadangan itu dikeluarkan berikutan pengumuman darurat tujuh hari oleh pihak berkuasa New South Wales bermula 3 Januari (hari ini) kerana kebakaran hutan itu menjejaskan banyak kawasan di negara tersebut terutamanya di pantai timur negara itu.

Selain daripada New South Wales, antara kawasan lain yang terjejas teruk adalah Victoria dan Ibu Negara Wilayah Persekutuan Australia (ACT).

bharian.com.my

Diharap rakyat Malaysia yang berada dalam kawasan yang terjejas dapat mengutamakan keselamatan mereka serta mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dan wilayah.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Pejabat Konsulat Malaysia di Melbourne atau Pejabat Konsulat Malaysia di Sydney seperti maklumat di bawah:

SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI CANBERRA

7 Perth Avenue Yarralumla ACT 2600 Canberra, Australia. Telefon: +612 61200300 / 310 atau +614 16334901. Emel : mwcanberra@kln.gov.my

PEJABAT KONSULAT MALAYSIA, MELBOURNE

Level 1, No. 432 St Kilda Road Melbourne, Victoria 3004, Australia. Telefon: +613 9573 5400 or +61 434 950 600. Emel : mwmelbourne@kln.gov.my

PEJABAT KONSULAT MALAYSIA, SYDNEY

67 Victoria Road, Bellevue Hill, NSW 2023 Sydney, Australia. Telefon: +61 02 9327 7596 or +61 02 9327 7565. Emel : contact@ema.org.au

Sumber: Astro Awani & Bernama