Susulan gempa bumi kuat melanda bumi Lombok, Indonesia, rakyat negara ini yang merancang untuk bercuti ke sana dinasihatkan supaya menangguhkan percutian anda buat sementara waktu.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya, meminta rakyat Malaysia yang berada di sana untuk terus berhubung dengan pihak berkuasa Indonesia untuk mengetahui perkembangan lanjut keadaan di sana.

utusan.com.my

“Buat masa ini kami belum dapat laporan yang jelas dan masih menunggu perkembangan terkini dari Wisma Putra malah pihak Kedutaan Besar Malaysia di sana sedang mengenal pasti berapa ramai lagi warga Malaysia yang berada di Lombok,” jelasnya.

Difahamkan, seorang rakyat Malaysia terkorban dalam kejadian gempa bumi itu dikenali sebagai Siti Nur Ismawida, 30 tahun, ketika menyertai program mendaki gunung berapi Rinjani bersama 17 warga Malaysia lain.

pikiran-rakyat.com

Punca kematian dikatakan akibat ditimpa runtuhan tembok bangunan manakala enam lagi dilaporkan cedera.

Menurut kenyataan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG), gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter terjadi pada 5.47 pagi itu berpusat 28 km barat laut Lombok timur dengan kedalaman gempa sekitar 10 kilometer (km), hingga menyebabkan kerosakan bangunan dan struktur di kawasan yang terlibat iaitu Kapubaten Lombok timur dan Kabupatan Lombok utara.

Sumber: Astro Awani