Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia agar menangguhkan perjalanan tidak penting ke kawasan yang terjejas atau bergolak di Jammu dan Kashmir.

Menurut kenyataan Wisma Putra, Malaysia sedang memantau keadaan di Jammu dan Kashmir kerana negara kita mempunyai hubungan yang rapat dan mesra dengan India dan Pakistan.

“Malaysia menggalakkan kedua-dua negara berjiran itu untuk berinteraksi semula dalam dialog dan rundingan bagi mengurangkan ketegangan yang berlaku dan mencari penyelesaian yang baik,” tulisnya.

Difahamkan, Jumaat lalu, pihak berkuasa India meminta pelancong meninggalkan wilayah Kashmir kerana ‘ancaman keganasan’, manakala laporan media menyatakan 25,000 ketumbukan tentera telah dihantar ke sana.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dan perkhidmatan, boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi di 50-M, Satya Marg, Chanakyapuri, 110021 New Delhi atau hubungi +911124159300 dan +919319150306 (selepas waktu bekerja),” jelasnya.

Malah, anda boleh menghantar e-mel kepada Suruhanjaya Tinggi di [email protected] untuk maklumat lanjut.

Sumber: Astro Awani & Bernama