Berita baik bagi rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, anda dibenarkan melepasi sempadan ke negara itu bagi urusan kerja, menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Namun, pelaksanaan kebenaran itu akan bermula selepas rundingan antara Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negara dan rakan sejawatnya dari Singapura.

“Sekarang ini masih dalam rundingan. Selepas rundingan itu mengenai syarat, mereka akan bentang dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri,” ujarnya.

“Jika kita boleh luluskan, maka bolehlah pekerja Malaysia berulang alik dari Johor Bahru ke Singapura untuk memulakan kerja,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro