Rakyat negara ini yang berada di negara jiran, Thailand, dinasihatkan berhati-hati berikutan satu siri letupan berlaku di selatan Thailand.

bharian.com.my

Berdasarkan kenyataan Wisma Putra, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkla mengesahkan insiden letupan berlaku di kawasan berbeza di Thailand iaitu empat di Satun dan enam di Phatthalung sejak Sabtu lalu hingga semalam.

“Setakat ini tiada kematian dilaporkan dan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden terbabit. Rakyat Malaysia yang mengunjungi atau tinggal di Thailand digalakkan mendaftarkan diri di Kedutaan Malaysia di Bangkok atau Konsulat Jeneral di Songkla. Pendaftaran boleh dilakukan menerusi e-mel atau faks,”lapor kenyataan tersebut.

Selain itu, jika rakyat Malaysia memerlukan bantuan, anda boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok di alamat 33-35, South Sathorn Road, Tungmahamek, Sathorn Bangkok 10120 atau menghubungi talian +66-2-629 6800 / +66-87-028 4659 (selepas waktu pejabat), Faks, +66-2-679 2208 / +66-2-679 2270 atau e-mel ke [email protected]

Malah, anda boleh ke Konsulat Jeneral Malaysia di No. 4, Sukhum Road, Muang District Songkhla 90000 atau menghubungi talian +66-7-431 1062 / +66-7-431 6274, atau faks +66-7-432 4004 atau e-mel [email protected]

Sumber: Astro Awani & Bernama