Kehidupan artis ada juga naik turunnya. Tahun lalu, Raja Afiq tidak mendapat tawaran berlakon selama enam bulan. Untuk survive dalam hidup, dia mengambil inisiatif lain untuk menyara kehidupan dan memilih untuk menjual brownies secara online.

Disebabkan namanya terpalit dengan kontroversi, Raja Afiq mengalami kejatuhan dalam kariernya. Dan ketika itulah dia mula menjual pelbagai manisan termasuk brownies dan juga red velvet cake.

IG Raja Afiq

Kini, dia sudah menerima tawaran berlakon pada awal tahun lalu dan tekad untuk membina kerjayanya yang kian merudum.

Perniagaan brownies masih lagi diteruskan kerana itulah sumber rezeki untuknya ketika susah dahulu.

IG The Dessert War

Sumber: Cari.Com