Sesiapa yang selalu menaiki penerbangan Malaysia Arline Berhad (MAB) mesti akan terkenang kacang shandung yang rangup dan sedap.

Malahan ada sesetengah penumpang memintang kacang extra untuk dibawa pulang. Tetapi kacang ini tidak dijual di pasaran.

Jangan risau, anda boleh membuatnya sendiri dengan resipi yang dikongsikan oleh Nazira Abd Kader.

Rahsianya senang sahaja. Kacang tersebut perlu direndam semalaman.

Bahan Bahan:

1kg kacang kopek/trojen/Shandung (kopek kacnag kepada dua supaya bila diperap, ia akan menyerap sepenuhnya)

20 ulas bawang putih (dikisar dan dibuat pes)

20 ulas bawang putih dihiris halus (masukkan ketikka menggoreng nanti)

Sedikit garam dan gula

Cara membuatnya:

1. Basuh kacang bersih-bersih.

2. Sementara itu rebuskan air bersama pes bawang putih, garam dan gula. Biarkan ia sampai mendidih. Keluarkan separuh pes dan toskan sementara separuh lagi biarkan dalam air rebusan.

3. Masukkan kacang ke dalam air rebusan tadi. Rebus dalam 3 minit dan tutupkan api. Biarkan kacang dalam air rebusan lebih kurang 10 minit kemudian toskan. Gaulkan kacang tadi bersama pes bawang putih, garam dan serbuk perasa. Gaul rata, letakkan dalam dulang dan perap semalaman.

4. Ini rupa kacang yang yang telah diperap semalaman.

5. Goreng kacang dalam kuantiti sederhana untuk menjaga kerangupannya.

6. Masukkan hirisan bawang putih, goreng sehingga kacang masak dan rangup.

7. Inilah rupa kacang yang telah siap digoreng. Tunggu betul-betul sejuk baru masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Tip:

Pes bawang putih buat 2 bahagian iaitu masukkan ke dalam air rebusan, manakala bakinya oula digaul oada kacang yang dah siap direbus.

Jangan masukkan kaang terlalu banyak, nanti kacang tak rangup.

Goreng dengan api yang perlahan. Ia memrlukan kesabaran untuk menggoreng kacang, sebab jika aoi besar kacang cepat hangus dan lemau.

Selamat mencuba!

Sumber: Nazira Abd Kader

https://www.youtube.com/watch?v=QiZb877MwDI