Atlet Bowling Negara, Rafiq Ismail, 19 tahun, tidak menyangka dapat menjuarai Kejohanan Bowling Lelaki Dunia 2018 di Hong Kong, Sabtu lepas.

Menurutnya, kemenangan itu merupakan detik terindah dalam hidupnya selain berjaya menduduki tangga empat teratas.

utusan.com.my

“Jutaan terima kasih kepada jurulatih saya, Holloway Cheah yang sentiasa membantu saya. Terima kasih juga kepada ibu bapa dan keluarga saya yang sentiasa menyokong saya, pingat ini untuk Malaysia,” katanya.

Rafiq mencipta sejarah negara apabila menjadi atlet negara pertama memenangi pingat emas dalam kejohanan tersebut selepas 39 tahun.

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas di Kejohanan Bowling Lelaki Dunia ialah pada 1979 menerusi acara trio yang diwakili Allan Hooi, Edward Lim dan J.B. Koo.

Sebelum ini, jejaka muda itu pernah memenangi acara Masters Lelaki di Sukan Asia 2018 di Indonesia pada Ogos lalu.

Sumber: Astro Awani