Sejak negara kita diketuai oleh kerajaan baru iaitu Pakatan Harapan setelah menang PRU14, pelbagai berita dilaporkan oleh media mengenai negara.

Kebanyakan berita yang dilaporkan adalah mengenai hutang negara dan kes 1MDB yang semakin hangat diperkatakan ketika ini.

Sebelum ini, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, dikaitkan dengan skandal 1MDB dan kisah derma berbilion Ringgit daripada seorang putera Arab suatu ketika dulu diperkatakan kembali.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, memberitahu bahawa seorang pegawainya telah ke sana untuk mendapatkan kepastian berdasarkan surat derma.

“Dalam SOP (Prosedur Operasi Standard) kami, kami yang kena cari saksi tapi dalam kes ini seseorang telah memperkenalkan putera itu kepada kami untuk bertemu dengannya,” katanya.

Tambahnya, Putera Arab itu mengakui dia ada memberi derma tetapi gagal menunjukkan dokumen sokongan di mana dia harus ada dokumen jika mengikut SOP.

“Apabila balik, kami siapkan dokumen dan serahkan kepada AG (peguam negara) ketika itu (Tan Sri Mohamed Apandi Ali), beliau menolak,” jelasnya.

Menurut BBC London, pihak Istana Arab Saudi mengesahkan dana sebanyak AS$681 juta (RM2.6 bilion) pernah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib pada Januari 2016.

Sumber: mStar