Pusat Darah Negara(PDN) berharap orang ramai yang mempunyai darah jenis A dapat menderma darah di PDN untuk meningkatkan stok darah tersebut.

Gambar sekadar hiasan

Ketua Seksyen Bahagian Perolehan Darah PDN, Dr Thane Moze Darumalinggam, memberitahu bahawa bekalan darah jenis itu berada pada tahap sederhana.

“Buat masa ini, bekalan darah di PDN memang mencukupi, cuma darah A berada pada tahap sederhana,” ujarnya.

Gambar sekadar hiasan

“Jangan percaya mitos kononnya jika seseorang itu derma darah ia akan membuatkan berat badan mereka akan naik dan sebagainya,” pesannya.

Mungkin bekalan darah A dikira sebagai sederhana tapi apa salahnya kita menderma darah awal agar dapat membantu mereka yang memerlukannya satu hari nanti. Kita tak tahu bila bekalan darah tu akan habis, kan?

Sumber: Sinar Harian