Laporan akhir punca kematian anggota bomba yang terkorban dalam rusuhan di Subang Jaya pada 17 Disember lalu, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 tahun, dijangka akan siap dalam tempoh sebulan akan datang.

projekmm.com

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, memberitahu bahawa kelewatan itu disebabkan ia memerlukan keputusan ujian darah. Menurutnya, laporan ujian darah lazimnya memerlukan masa kira-kira sebulan bagi mendapatkan keputusan lengkap.

“Ahli patologi tahu kecederaan yang menyebabkan kematian, dan ujian darah akan melengkapkan laporan tersebut,” katanya.

Muhammad Adib yang merupakan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan(EMRS) JBPM Subang Jaya parah selepas diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, pada 27 November lalu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) selepas 21 hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi(ICU).

Sumber: Astro Awani