Sebanyak 35 kedai di bazar larut malam ‘Uptown’ Shah Alam di Seksyen 24 di sini, musnah dalam kebakaran pada awal pagi tadi.

malaysiagazette.com

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Penguasa Kanan Bomba I, Mohd Rizal Buang, memberitahu seramai 39 anggota dari balai Shah Alam, Kota Anggerik dan Subang Jaya telah dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pukul 5.37 pagi.

“Ketika tiba di tempat kejadian api sedang marak namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana kami difahamkan operasi Uptown berakhir pada pukul 4 pagi,” ujarnya.

“Sebanyak 28 buah kedai di blok pertama dan blok kedua terbakar 100 peratus manakala tujuh buah kedai di blok ketiga 50 peratus terbakar,” katanya.

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal kira-kira 5.50 pagi dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sumber: mStar