Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang(MAINPP), Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, menyatakan bahawa umat Islam perlu bersabar dengan mematuhi larangan demi menjaga kemaslahatan selain mengelak diri daripada ditimpa musibah.

Gambar sekadar hiasan

Berikutan itu, umat Islam di Pulau Pinang dilarang untuk menziarah ke tanah perkuburan pada Hari Raya Aidilfitri ini bagi mengelak penularan wabak Covid19.

Gambar sekadar hiasan

“Amalan menziarah kubur ini hukumnya adalah sunat sahaja, maka disarankan supaya umat Islam menundakan aktiviti ini,” ujarnya.

“Minta semuanya bersabar dan teruslah patuh pada PKPB bagi memutuskan rantaian wabak Covid19,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro