Malaysia menerima pelancong yang ramai setiap tahun terutamanya dari negara yang mempunyai 4 musim. Kebiasaannya institusi pendidikan di negara tersebut akan memberikan cuti dan orang ramai sering mengambil kesempatan ini untuk melancong ke negara luar termasuk Malaysia, kerana Malaysia mempunyai berbeza dari negara-negara lain.

Beberapa hari lepas, CNN Travel menerbitkan satu arikel cadangan lokasi percutian terbaik musim bunga tahun ini. Pulau Pinang tersenarai dalam 19 lokasi terbaik seluruh dunia selain daripada Barcelona, Aegan Island, Las Vegas, Grand Canyon dan beberapa lokasi ikonik yang lain.

Pihak CNN Travel mencadangkan pelancong untuk berkunjung ke The Habitat, Bukit Bendera atau lebih dikenali sebagai Penang Hill untuk melihat sendiri keindahan hutan hujan di situ.

Disamping menikmati pemandangan alam, pengunjung juga boleh melihat haiwan eksotik yang terdapat di sana.

Sumber: mStar