Mulai Jumaat ini, Pulau Pinang akan membenarkan orang ramai untuk makan di hotel, pasar raya atau francais restoran makanan segera di seluruh negeri itu mengikut prosedur operasi standard(SOP) yang telah ditetapkan.

Gambar sekadar hiasan

Difahamkan, perkara itu bakal diumumkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang(MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai(MBSP) pada keesokan hari.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, menjelaskan kebenaran makan dalam premis seperti hotel, pasar raya dan francais restoran makanan segera akan dibuat secara berperingkat bermula 15 Mei ini.

“Garis panduan yang bakal digunakan itu mendapat penyelarasan daripada Exco Kerajaan Tempatan Pulau Pinang dan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang(JKNPP),” ujarnya.

“Bagi premis makanan lain-lain kategori, kebenaran makan di dalam premis bakal diperhalusi berdasarkan nasihat daripada JKNPP pada Fasa 2 kelak dan masih belum dibenarkan,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro