Sebelum ini, ramai pelancong dari serata dunia tertanya-tanya bilakah pulau Boracay yang terletak di Filipina akan dibuka kerana mereka tidak sabar untuk menikmati pemandangan indah yang ada di pulau peranginan popular ini.

thethaiger.com

Berita baik untuk anda, pihak berkuasa negara tersebut memaklumkan pulau cantik itu akan kembali beroperasi bermula Jumaat (esok).

Menurutnya, terdapat beberapa perubahan yang ketara di pulau popular berkenaan seperti bilangan hotel dan restoran dikurangkan, bilangan pelancong terhad pada satu-satu masa dan undang-undang baru untuk aktiviti parti di pantai.

dunia.tempo.co

Difahamkan, kesemua aktiviti pantai turut dilarang buat masa ini mungkin bertujuan untuk memulihara kawasan pantai kesan daripada aktiviti pelancongan yang tidak terkawal dulu.

Berikutan itu, kesemua tindakan yang dilakukan tersebut adalah untuk memastikan ekosistem terjaga di samping mampu bertahan untuk jangka masa yang panjang.

Sumber: The Vocket