Kita sedia maklum bahawa bazar Ramadan di Malaysia pada tahun ini dibatalkan berikutan menangani penularan wabak Covid19.

Berikutan itu, Menteri Kanan(Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, meminta penganjur memulangkan kembali bayaran deposit yang telah dibuat kepada para peniaga.

Menurutnya, mana-mana individu tidak seharusnya mengambil kesempatan di atas kesusahan mereka yang terkesan dengan Covid19.

“Saya harap sesiapa jangan ambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Mereka bayar deposit dengan harapan bazar akan dibuka dan kerajaan buat keputusan bazar tak dibuka. Jadi, pulangkan keseluruhan deposit yang dibuat,” ujarnya.

“Kita ambil contoh yang berlaku di DBKL. DBKL memulangkan bayaran yang dibuat kepada pemilik gerai bazar atau sekurang-kurangnya kalau tak nak pulangkan, gunakan untuk tahun akan datang. Sebaiknya pulangkan kepada mereka yang telah membayar,” jelasnya. 

Diharap penganjur bazar Ramadan bersikap amanah dalam memulangkan deposit peniaga kerana mereka antara golongan paling terkesan pada ketika ini.

Sumber: Astro Awani