Baru-baru ini, tular di laman sosial mengenai posting seorang pengguna laman Facebook yang mempersoalkan golongan isteri mencampurkan pakaian suami bersama anak-anak untuk dibasuh.

Berikutan itu, ramai warga laman sosial memberi pelbagai respon dan menimbulkan persoalan sama ada ia perlu atau dianggap membazir kerana perlu membasuh pakaian dua kali.

Menurut wanita tersebut yang membahasakan dirinya ‘ummi’, walaupun hukum basuhan pakaian suami dan anak-anak adalah suci, dia menyatakan adab perlu dijaga serta perbuatan itu dianggap sebagai memuliakan suami.

View this post on Instagram

Bila keluar kenyataan "asingkan pakaian suami sebagai tanda memuliakan suami", akan berlaku tempias kepada isteri-isteri lain yang campurkan pakaian suami dengan pakaian anak-anak di mana mereka merasakan diri mereka tak memuliakan suami. . Kalau kena asingkan pakaian suami tanpa sebab kukuh seperti kelunturan warna baju atau najis pada pakaian anak-anak, maka kelihatan ia berlebih-lebihan. . Kalau korang buat sistem atau undang-undang pengurusan di rumah yang korang selesa dan mampu untuk lakukan, jangan bersifat "memaksa" orang lain buat atas nama agama. . Menimbulkan kesukaran untuk mengasingkan. Bukan semua situasi suri rumah itu sama. Islam bukan agama yang menyusahkan. Ini dinamakan takalluf (memberatkan) dalam agama. . Jangan buat orang lain rasa bersalah dalam agama. . Ada unsur melampau dalam memuliakan suami. Bila dah kata pakaian suci, maka ini adalah pengiktirafan syariat. Maka tiada faedah untuk pengasingan atas alasan adab. Sama macam kita cakap, kalau susun baju suami jangan campurkan dgn baju anak-anak. (Yang dimaksudkan ialah asing atas dasar memuliakan, tapi kalau atas dasar supaya senang nak pilih, takda masalah) Ini tak masuk akal. . Kita bersetuju bahawa isteri berhak mohon pertolongan suami untuk buat kerja-kerja rumah. Dan hal ini jauh lebih berat dari sekadar mencampurkan pakaian suami. Tetapi kita tak cakap pula isteri yang mintak suami bantu kerja rumah sebagai isteri yang tak memuliakan suami. Jadi, takkan sekadar campurkan pakaian tu dikatakan tak memuliakan suami. . Suami dan isteri adalah rakan kongsi rumahtangga. Maka mereka saling memudahkan, bukan menyusahkan. . Apa guna ASINGkan baju suami, tapi kata-kata tajam isteri pun buat suami rasa terASING.

A post shared by PU Azman (@puazmanofficial) on

Semalam, Pencetus Ummah(PU) Azman, menerangkan penjelasan mengenai isu tersebut di akaun laman Instagram miliknya.

Bila keluar kenyataan “asingkan pakaian suami sebagai tanda memuliakan suami”, akan berlaku tempias kepada isteri-isteri lain yang campurkan pakaian suami dengan pakaian anak-anak di mana mereka merasakan diri mereka tak memuliakan suami.

Kalau kena asingkan pakaian suami tanpa sebab kukuh seperti kelunturan warna baju atau najis pada pakaian anak-anak, maka kelihatan ia berlebih-lebihan.

Kalau korang buat sistem atau undang-undang pengurusan di rumah yang korang selesa dan mampu untuk lakukan, jangan bersifat “memaksa” orang lain buat atas nama agama.

Menimbulkan kesukaran untuk mengasingkan. Bukan semua situasi suri rumah itu sama. Islam bukan agama yang menyusahkan. Ini dinamakan takalluf (memberatkan) dalam agama. Jangan buat orang lain rasa bersalah dalam agama.

Ada unsur melampau dalam memuliakan suami. Bila dah kata pakaian suci, maka ini adalah pengiktirafan syariat. Maka tiada faedah untuk pengasingan atas alasan adab. Sama macam kita cakap, kalau susun baju suami jangan campurkan dgn baju anak-anak. (Yang dimaksudkan ialah asing atas dasar memuliakan, tapi kalau atas dasar supaya senang nak pilih, takda masalah) Ini tak masuk akal.

Kita bersetuju bahawa isteri berhak mohon pertolongan suami untuk buat kerja-kerja rumah. Dan hal ini jauh lebih berat dari sekadar mencampurkan pakaian suami. Tetapi kita tak cakap pula isteri yang mintak suami bantu kerja rumah sebagai isteri yang tak memuliakan suami. Jadi, takkan sekadar campurkan pakaian tu dikatakan tak memuliakan suami.

Suami dan isteri adalah rakan kongsi rumahtangga. Maka mereka saling memudahkan, bukan menyusahkan.

Apa guna ASINGkan baju suami, tapi kata-kata tajam isteri pun buat suami rasa terASING.

Islam agama yang mudah, jangan rumitkan perkara yang mudah. Tetapi, jika anda gembira melakukan yang terbaik untuk suami, buatlah selagi ia tak melanggar syariat agama.

Sumber: IG PU Azman Official