Dalam bulan yang penuh keberkatan ini, pasti ramai di antara kita yang mahu membuat ibadah sebanyak mungkin kerana mahu mendapat ganjaran pahala.

Malah, kita semakin hampir dengan 10 malam terakhir Ramadan serta malam Lailatul Qadar, pasti kita mahu doa dimakbulkan oleh Allah SWT.

Pendakwah terkenal, Pencetus Ummah(PU) Amin, berkongsi beberapa tips yang anda boleh ikuti supaya doa dimakbulkan (in shaa Allah):

  • Pastikan diri suci dari najis.
  • Berdoa di tempat dan masa yang istimewa.
  • Jauhkan makan minum dari sumber haram atau syubhah.
  • Jauhkan diri dari memiliki harta yang haram dan syubhah.
  • Jauhkan diri dari buat perkara mungkar.
  • Sangka baik pada Allah.

“Doa banyak banyak. Setiap waktu dalam bulan Ramadhan doa akan dimakbulkan. Cakap benda yang baik baik. Kerana percakapan kita boleh jadi doa. Doakan ibu ayah kita. Doakan untuk seluruh ummat islam,” tulisnya.

“Doakan untuk negara kita agar cepat sembuh dari virus ini. Siapa pun kita doa kita akan makbul dengan cara yang betul. Ambil peluang untuk tadah tangan mengharap redha dan kasih sayang Allah SWT,” pintanya.

Semoga doa kita semua dimakbulkan dalam bulan yang mulia ini. In Shaa Allah 🙂

Sumber: Gempak & IG PU Amin