PRU14 semakin menghampiri rakyat Malaysia. Bagi pengundi kali pertama, ianya merupakan satu pengalaman baru yang sangat dinantikan. Dikhabaran, kira-kira lima juta pengundi baru akan mengundi buat kali pertama pada PRU14.

Sebagai pengund pertama kali, anda perlu tahu beberapa perkara untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

malaysiadateline.com

1. Rancang perjalanan

Rancang perjalanan anda seeloknya. Pasti anda tak mahu terperangkap dalam kesesakan selama beberapa jam kan? Aplikasi seperti Waze ataupun Google Maps wajib ada ya!

2. Carpool

Pasti ada kenalan atau keluarga yang akan pulang ke destinasi yang sama. Jadinya carpool memang idea yang bagus. Bukan sahaja boleh berkongsi duit minyak dan tol, mahal boleh bertukar pemandu juga.

3. Beli tiket lebih awal

Tiket bas, kereta api mahupun kapal terbang pastinya akan meningkat berkali-kali ganda sempena Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14. Untuk mengelakkan poket anda berlubang dengan membeli tambang yang mahal, beli tiket dengan segera. Jangan dah nak dekat mengundi baru nak beli, menangis nanti.

4. Rancang tugasan kerja dengan baik

Kerajaan telah memutuskan bahawa tarikh mengundi pada 9 Mei sebagai hari kelepasan am bagi seluruh negara. Bereskan kerja terlebih dahulu supaya tak menganggu uurusan anda pada hari mengundi.

5. Layari website SPR

Bagi yang pertama kali mengundi, sebaiknya anda layari website SPR untuk mengetahui bagaimana proses perjalanan PRU berlangsung. Taknak lah nanti masa hari mengundi anda menjadi seperti rusa masuk kampung.

6. Pastikan rumah berkunci

Dah excited nak mengundi jangan lupa kunci rumah. Untuk yang mengambil cuti lebih awal, anda boleh maklumkan kepada jiran supaya mereka boleh tengok-tengokkan rumah anda.

7. Terima perbezaan dengan matang

Jangan terlebih emosi sekiranya pihak sokong kalah atau menang. Adat bertanding memang begitu. Raikan keindagan hak anda sebagai salah satu tunjang Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berpelembagaan.

Walaupun berbeza parti politik, berbeza pendapat, kita tetap 1 Malaysia.

Selamat mengundi!

Sumber: Remaja.My