Susulan kes kematian anggota bomba dan juga Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 tahun, hari ini bermulanya prosiding hari pertama inkues untuk mengenal pasti punca kematian allahyarham selepas cedera parah ketika insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, pada November tahun lepas.

Prosiding berlangsung di Kompleks Mahkamah Koroner Shah Alam bermula pukul 10 pagi tadi dan dilakukan di depan Koroner Rofiah Mohamad dan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya yang juga pegawai pengendali inkues, Hamdan Hamzah bersama-sama Faten Hadni Khairuddin dan Zhafran Rahim.

Difahamkan, inkues pagi tadi dihadiri oleh kumpulan saksi iaitu anggota bomba, saksi awam dan anggota keluarga allahyarham.

terbaek.net

Selain itu, seramai 30 saksi lain termasuk enam doktor dan pakar forensik akan memberi keterangan sepanjang 52 hari inkues berlangsung.

Terdahulu, Muhammad Adib cedera parah semasa kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember tahun lalu selepas 21 hari bertarung nyawa.

Sumber: Astro Awani