Tempat Duduk Percuma AirAsia kini kembali dengan lima juta tempat duduk promosi dan turut menawarkan diskaun hotel, produk tambahan serta produk bebas cukai bagi melengkapi perjalanan anda.

Nikmati tambang promosi termasuk semua untuk ahli AirAsia Big bermula dari serendah RM12 sehala untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuantan, Johor Bahru, Kota Bharu dan Penang, manakala bukan ahli RM17 sehala, malah untuk penerbangan ke Can Tho, Padang, Hua Hin, Siem Reap, Banda Aceh dan banyak lagi pula serendah RM36 tertakluk kepada syarat.

thevocket.com

Selain itu, ahli juga boleh terbang bersama AirAsia X dengan tambang serendah RM199 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tianjin, Gold Coast, Osaka, Seoul, Honolulu dan lain-lain. Untuk menikmati lebih keselesaan dan pelbagai kelebihan lain, anda boleh terbang dengan tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah dari Kuala Lumpur ke Jaipur, Taipei, Chengdu, Fukuoka, Jeju dari RM699.

Tempahan boleh dibuat di laman web airasia.com dan aplikasi mudah Alih AirAsia dari 11 Mac 2019 (0001h GMT +8) sehingga 17 Mac 2019 (2400 GMT +8) bagi tempoh perjalanan antara 1 September 2019 hingga 2 Jun 2020.

Sumber: Newsroom AirAsia