Negara jiran kita, Indonesia mengumumkan larangan mudik atau pulang ke kampung untuk sambutan Aidilfitri pada tahun ini.

Presiden Indonesia, Joko Widodo, menjelaskan bahawa langkah itu diambil berikutan mahu mengekang penularan wabak Covid-19.

Gambar sekadar hiasan

“Hari ini saya ingin sampaikan juga bahawa mudik semuanya akan kita larang,” ujarnya dari Istana Merdeka, Jakarta.

Setiap tahun, seramai kira-kira 20 juta rakyat Indonesia yang bekerja di bandar-bandar besar akan pulang ke kampung pada hari-hari terakhir Ramadan.

Sumber: Harian Metro